BANDARAYA GAZA / ISTANBUL – Loji kuasa tunggal di Gaza dijangka beroperasi semula selepas ditutup lebih dua tahun akibat serangan dan sekatan Israel, menurut Ketua Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Gaza, Ali Shaath.
Shaath memaklumkan melalui media sosial bahawa usaha sedang dijalankan bersama pihak antarabangsa untuk memulihkan bekalan elektrik, termasuk melalui tenaga suria, bagi memastikan penduduk Gaza mendapat bekalan secepat mungkin.
Sejak Oktober 2023, bekalan elektrik di Semenanjung Gaza terjejas teruk dengan kekurangan bahan api dan kerosakan infrastruktur, termasuk 5,080 km talian kuasa dan 2,285 transformer, menyebabkan gangguan perkhidmatan penting dan hospital, dengan kerugian sektor elektrik dianggarkan US$1.4 bilion.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back