KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata cadangan untuk menyusun semula ahli Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Beliau menjelaskan susulan rombakan kabinet Disember 2025, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, akan memulakan mesyuarat, sebelum cadangan dibawa ke jawatankuasa teknikal dan seterusnya ke peringkat tertinggi MTPMA63.
Cadangan susunan semula ini juga menekankan penglibatan Menteri Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi utama lain bagi memperkukuh fungsi jawatankuasa.
Selain itu, Fadillah turut memaklumkan bahawa perbincangan mengenai penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sedang dijalankan, dengan persetujuan prinsip dicapai, namun realisasinya memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen jika melebihi 25 peratus.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back