ENGKELILI - Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah panjangnya di Tr. Alow, Kampung Bua pada Rabu lalu ditemui meninggal dunia hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa, Melaya Brayun, 75 tahun ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di sungai berhampiran Jambatan Stuga, kira-kira jam 11.13 pagi.
Mayat mangsa dijumpai dalam radius kira-kira lapan kilometer dari rumah panjang tempat mangsa dilaporkan hilang.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back