• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 January 2026 | 01:17 PM

Sarawak Utamakan Sistem Kehakiman Syariah Mesra Rakyat

KUCHING - Sistem kehakiman Syariah mesra rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses keadilan tanpa mengira latar belakang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Mahkamah Syariah bukan sahaja penguatkuasa undang-undang, malah berperanan penting dalam kesejahteraan sosial dan keadilan inklusif.

Beliau menekankan prosedur ringkas, penggunaan bahasa mudah difahami, serta bantuan guaman syarie percuma atau kos rendah, bagi memastikan golongan rentan seperti wanita, warga emas dan orang kurang upaya tidak terpinggir daripada mendapatkan keadilan.

Premier berkata demikian pada majlis makan malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak di sini Khamis malam.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari menyokong usaha Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak bersama Persatuan Peguam Syarie Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak menggubal Ordinan Profesion Guaman Syarie bagi meningkatkan mutu perkhidmatan guaman Syariah di negeri ini.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok