SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000.
Muhammad Hafizuddeain, 58, yang merupakan PTD pertama didakwa berkaitan kes pengubahan wang haram melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), didakwa menerima wang RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya antara Februari 2024 hingga Mei 2025.
Pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda berat jika sabit kesalahan.
Semalam, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan lain membabitkan lebih RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back