• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 January 2026 | 11:55 AM

UNIMAS Raih Dua Pencalonan Utama Times Higher Education Asia Awards 2026

Kota Samarahan – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih pencalonan bagi dua kategori utama Anugerah Times Higher Education (THE) Asia Awards 2026.

Dua kategori tersebut ialah Strategi Antarabangsa Terbaik dan Projek Penyelidikan Terbaik Tahunan: Seni, Kemanusiaan dan Sains Sosial.

UNIMAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pencalonan itu diperoleh selepas melalui proses pemilihan yang kompetitif, melibatkan lebih 500 penyertaan dari seluruh Asia.

Menurut kenyataan itu, pencalonan berganda berkenaan mengukuhkan kedudukan UNIMAS sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan tinggi.

Ia sekali gus meneruskan rekod prestasi cemerlang universiti itu di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit, dalam kenyataan sama menyifatkan pencalonan tersebut sebagai bukti dedikasi dan komitmen seluruh warga universiti.

Katanya, pencapaian itu turut mengukuhkan misi UNIMAS untuk menjadi universiti bertaraf global ke arah masa depan yang lestari, dengan penyelidikan serta kerjasama antarabangsa yang membawa manfaat nyata kepada dunia dan komuniti tempatan di Sarawak.

Pemenang anugerah berkenaan dijangka diumumkan pada majlis gala sempena THE Asia Universities Summit yang akan berlangsung di Hong Kong pada 22 April depan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok