• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 04:01 PM

Mahkamah Adat Sarawak: Kuasa dan Peranan Berbeza, Bukan Setaraf Mahkamah Syariah

KUCHING - Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menegaskan Mahkamah Adat di negeri ini mempunyai peranan dan bidang kuasa tersendiri yang berbeza dengan mahkamah lain, termasuk Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, Mahkamah Adat ditubuhkan melalui undang-undang negeri dan tertakluk kelulusan DUN, serta memberi kuasa terhadap adat istiadat dan tanah adat.

Berbeza dengan Mahkamah Syariah yang sumber kuasanya berasal dari Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Adat tidak setaraf dari segi perundangan.

Tan Sri Asfia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Syarahan Perdana beliau dalam Persidangan Mahkamah Terbuka Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak (OSLYS) 2026 di sebuah hotel terkemuka, di sini, pada Khamis.

Katanya, walaupun ada cadangan daripada beberapa kaum untuk menyetarakan Mahkamah Adat mereka dengan Mahkamah Syariah, perlembagaan negara tidak memperuntukkan kuasa sedemikian.

Ujarnya, penjelasan ini penting bagi masyarakat memahami struktur, hierarki, dan batasan kuasa Mahkamah Adat dalam sistem kehakiman Sarawak.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok