• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 03:18 PM

Serian Tuan Rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1447H/2026M

Serian – Bahagian Serian dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Februari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjurannya menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu, di samping memperkukuh peranan Al-Quran, khususnya dalam kalangan generasi muda Sarawak.

Menurut beliau, seramai 43 peserta akan mengambil bahagian pada tahun ini, melibatkan kategori Tilawah dan Hafazan.

Bagi kategori Tilawah, seramai 22 peserta akan bertanding, terdiri daripada 13 qari dan sembilan qariah.

Sementara itu, kategori Hafazan pula disertai oleh 21 peserta, melibatkan 15 hafiz dan enam hafizah, dengan hampir semua bahagian di Sarawak menghantar wakil masing-masing.

Selain itu, sambutan majlis berkenaan turut diserikan dengan kira-kira 10 acara iringan turut diadakan sepanjang tempoh penganjurannya.

Premier Sarawak dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian pada 4 Februari, manakala Yang di-Pertua Negeri dan isteri pula dijangka berkenan menyempurnakan Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah pada 7 Februari.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media majlis berkenaan di Pejabat Residen Bahagian Serian, pada Rabu.

Sumber & Foto: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok