• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 02:54 PM

KPTM Buka Cawangan di Samarahan Tahun Ini

Kota Samarahan – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Cawangan Samarahan akan dibuka tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Radzuan Razali berkata, pemilihan Kota Samarahan dilihat sebagai lokasi strategik sebagai hab pendidikan, seiring dengan gelarannya sebagai Kota Ilmu.

Menurut beliau, penubuhan cawangan tersebut selari dengan hasrat KPTM untuk mengukuhkan kehadirannya di Sarawak.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa KPTM telah beroperasi selama lebih dua dekad dengan menawarkan lebih 50 program pengajian, merangkumi peringkat asasi hingga kedoktoran.

Sehingga kini, KPTM berjaya melahirkan hampir 70,000 graduan dengan kadar kebolehpasaran mencecah 94 peratus.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Kolej Poly-Tech MARA bersama Komuniti Sarawak Zon Samarahan, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak menyifatkan pembukaan cawangan KPTM di Samarahan sebagai satu langkah penting.

Katanya, ia berupaya memberi impak besar kepada pembangunan sosioekonomi setempat, menerusi penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Sumber & Foto: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok