• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 02:36 PM

Pintu IPT Dibuka! Permohonan UPUOnline Bermula 29 Januari

PUTRAJAYA - Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam bagi Sesi Akademik 2026/2027 menerusi UPUOnline akan dibuka bermula 29 Januari ini hingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Pertama.

Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan, permohonan melibatkan kemasukan ke 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti serta dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi, merangkumi program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

Permohonan terbuka kepada lepasan SPM dan STPM atau setaraf, dengan sebanyak 363 program ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,146 program kepada lepasan STPM di seluruh negara.

Bagi Fasa Kedua, permohonan akan dibuka dari 13 April hingga 15 Mei, khusus untuk program tanpa temu duga atau ujian.

Sementara itu, pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat mulai 28 Januari melalui Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM10.60.

Calon yang layak digesa merebut peluang ini bagi melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi dan merancang masa depan akademik mereka.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok