• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 02:33 PM

JKM Bintulu Kesan Ibu Kandung, Waris Kanak-Kanak Ditinggalkan Sejak 2013

BINTULU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu sedang mengesan ibu kandung atau mana-mana waris terdekat kepada seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sejak Mac 2013 bagi membantu urusan pelindungan, dokumentasi serta penempatan kekal kanak-kanak berkenaan.

Menerusi kenyataan JKM, kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai Siti di sebuah premis beralamat No. 391, Kampung Sebiew, 97000 Bintulu pada pagi 15 Mac 2013.

Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu dilahirkan pada 13 Mac 2013 di Hospital Bintulu.

Ibu kandungnya merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang menyerahkan bayi berkenaan kepada seorang penjaga dengan alasan untuk penjagaan sementara.

Namun begitu, wanita tersebut gagal dihubungi dan tidak pernah kembali untuk menuntut kanak-kanak berkenaan sehingga ke hari ini.

Sehubungan itu, JKM memohon kerjasama orang awam, khususnya individu yang mengenali penama Siti atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan ibu bapa atau waris terdekat kanak-kanak tersebut, agar tampil membantu siasatan dan urusan dokumentasi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut JKM, memandangkan kanak-kanak ini memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001, satu perintah mahkamah telah diperoleh dan kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut peruntukan Seksyen 19(2)(b) akta sama, berkuat kuasa mulai 17 Disember 2025.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan kebajikan, keselamatan serta kestabilan emosi kanak-kanak berkenaan sentiasa terjamin sementara usaha mengesan waris kandung diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kandung, bapa kandung atau mana-mana waris terdekat kanak-kanak ini diminta untuk segera menghubungi atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu di Lot 506, Jalan Sommervill, Bintulu Town District, 97000 Bintulu.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Pelindung Kes, Puan Dorethea anak Bayang melalui talian 086-332341 atau 086-336494, atau melalui e-mel di dorethea@jkm.gov.my.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok