ENGKELILI - Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah panjangnya Tr. Alow, Kampung Bua, semalam.
Mangsa, Melaya Brayun, 75, keluar dari rumah panjang itu seawal jam 1 pagi dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hijau bermotif bunga putih serta berseluar pendek hitam.
Anak mangsa yang menerima panggilan daripada tuai rumah panjang itu bertindak membuat laporan polis selepas usaha pencarian awal di sekitar rumah panjang berkenaan gagal menemui mangsa.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan hari ini bagi mengesan mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back