• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 02:23 PM

Fatimah Sokong Cadangan Platform Inklusi Digital Perkasa OKU Di Sarawak

KUCHING - Delegasi akademik dari Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti membangunkan Platform Inklusi Digital bagi menyokong pemerkasaan orang kurang upaya (OKU) di Sarawak.

Platform itu merangkumi pembangunan sistem digital inklusif serta penilaian impak sosioekonomi terhadap golongan OKU, dengan tumpuan kepada peningkatan kebolehcapaian, keterangkuman dan penyertaan bermakna dalam pembangunan berasaskan teknologi.

Inisiatif ini turut menekankan penggunaan teknologi digital dan pendekatan berasaskan data bagi menyokong perancangan dasar serta pelaksanaan program yang lebih inklusif, sejajar dengan keperluan sebenar golongan OKU.

Cadangan itu telah dibentangkan oleh delegasi yang diketuai Profesor Dr. Ida Adi Badiozaman kepada Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah dalam satu kunjungan hormat di pejabatnya di Kuching semalam, yang mendapat sokongan beliau.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok