KUCHING – Kuching City FC (KCFC) mengesahkan penandatanganan pemain tengah berpengalaman, Ahmad Nawaf Abdel Aziz Israiwah, bagi memperkuatkan skuad pasukan itu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh KCFC menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, semalam.
Menurut kenyataan itu, pemain berusia 31 tahun berkenaan ditandatangani daripada kelab PDRM FC.
Pemain kelahiran Jordan itu merupakan pemain kedua yang menyertai KCFC pada jendela perpindahan kali ini, selepas ketibaan Muhammad Ariff Farhan Md Isa yang diumumkan pada 13 Januari lalu.
Kehadiran Ahmad Israiwah diharapkan dapat memantapkan lagi jentera tengah KCFC menjelang aksi timbal balik Piala Malaysia menentang Penang FC pada 24 Januari ini, sebelum meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada 31 Januari.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back