• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 09:37 AM

Bekas PTD Didakwa Terima Lebih RM2.12 Juta Hasil Aktiviti Haram

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2.12 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Wang berkenaan dikatakan dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya antara Februari 2024 hingga November 2025, melibatkan jumlah RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda jumlah atau RM5 juta jika sabit kesalahan.

Kes itu merupakan dakwaan pertama membabitkan pegawai berpangkat tinggi Tentera Darat Malaysia berkaitan projek perolehan tender, selepas SPRM memulakan siasatan sensitif sejak Oktober 2025, termasuk penahanan pegawai dan ahli keluarga terlibat.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok