• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 January 2026 | 09:27 AM

KKM dan KKR Perkukuh Kerjasama, Bincang Perkembangan Projek Hospital dan Naik Taraf

Kuala Lumpur – Satu sesi taklimat bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan infrastruktur kesihatan negara telah diadakan semalam, melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Hanifah Hajar Taib menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, antara perkara utama yang dibincangkan ialah perkembangan terkini pembinaan Hospital Petra Jaya dan Hospital Kemaman.

Selain itu, kerja-kerja naik taraf Hospital Papar turut dibincangkan, termasuk beberapa isu pelaksanaan di lapangan yang memerlukan perhatian serta penyelarasan antara kedua-dua kementerian berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap pertemuan strategik antara KKM dan KKR itu dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek kesihatan terbabit, di samping membantu menyelesaikan cabaran yang dihadapi.

Usaha tersebut bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.

Terdahulu, sesi taklimat berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok