KUCHING - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Jalan Kampung Gita Lama, kira-kira jam 11.15 pagi semalam.
Menerusi kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini, pemeriksaan ke atas suspek berusia 29 tahun itu menemui lapan paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis Syabu seberat 5.35 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM588.00.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine serta mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Suspek direman selama dua hari bermula 22 hingga 23 Januari 2026 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back