KUCHING - Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), dengan kerjasama TikTok Shop Malaysia akan menganjurkan Sarawak Digital Mall ‘Pesta Lokal’ kepada warga bandaraya Kuching pada hujung minggu ini, 23 dan 24 Januari di Tebingan Sungai Kuching.
Selain menyediakan ruang pameran fizikal bagi barangan "Buatan Sarawak”, orang ramai boleh menyertai sesi penstriman langsung yang dihpskn oleh para penjual, serta menyaksikan penganugerahan Ikon Sarawak Digital Mall (SDM) yang pertama seumpamanya.
Menurut kenyataan SDEC hari ini, Sarawak Digital Mall ‘Pesta Lokal’ yang akan dirasmikan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada 23 Jan itu merupakan acara kemuncak bagi menutup tirai kerjasama strategik antara SDEC dan TikTok Shop Malaysia selama 18 bulan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back