KUCHING – Pegawai Daerah Lundu yang baharu, Zulkarnain Ismail mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan di Pejabat DUN Tanjong Datu di Semarak, hari ini.
Kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Pejabat Khidmat DUN Tanjong Datu bagi memacu pembangunan komuniti di Lundu.
Perbincangan antara kedua-dua pihak menumpukan kepada hala tuju strategik pembangunan dan kebajikan penduduk di bawah pentadbiran Daerah Lundu serta konstituensi Tanjong Datu.
Fokus utama termasuk memastikan projek pembangunan berjalan lancar dan menangani isu setempat dengan lebih berkesan.
Azizul turut menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Zulkarnain dan menekankan kepentingan kolaborasi erat dalam merealisasikan pelbagai inisiatif ekonomi dan sosial demi kesejahteraan penduduk Lundu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back