MILAN - Arsenal terus mengekalkan rekod sempurna dalam Liga Juara-Juara selepas menewaskan Inter Milan 3-1 di San Siro, sekaligus mengesahkan kedudukan dalam kelompok dua teratas peringkat kumpulan.
Gabriel Jesus membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum Inter menyamakan kedudukan menerusi Petar Sucic.
Namun, Arsenal kembali mendahului pada minit ke-31 melalui tandukan Jesus hasil sepakan penjuru Bukayo Saka.
Gol ketiga datang daripada pemain gantian, Viktor Gyokeres, pada minit ke-84, untuk menutup kemenangan selesa The Gunners.
Dengan keputusan ini, Arsenal bukan sahaja mara ke peringkat kalah mati, malah bakal menikmati kelebihan beraksi di laman sendiri pada pusingan seterusnya.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back