MADRID - Real Madrid meraikan kemenangan bergaya 6-1 ke atas Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara, dengan Kylian Mbappe menjaringkan dua gol manakala Jude Bellingham turut menyumbang jaringan.
Bintang Perancis itu membuka jaringan pada minit kelima sebelum menambah gol kedua pada minit ke-26.
Gol lain disumbangkan oleh Franco Mastantuono, Vinicius Jr dan gol sendiri pemain Monaco, menutup kemenangan selesa untuk juara Eropah 15 kali itu.
Monaco sempat membalas melalui Jordan Teze
Kemenangan ini meletakkan Real Madrid di tangga kedua kumpulan dengan 15 mata dan mereka hanya perlukan keputusan positif menentang Benfica pada 28 Januari untuk layak ke pusingan 16 terakhir, tanpa perlu melalui play-off.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back