BODO, NORWAY - Kejutan besar tercipta di Liga Juara-Juara apabila pendatang baru Norway, Bodo/Glimt, menewaskan Manchester City 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada suhu -9 darjah Celsius.
Glimt membuka jaringan mengejutkan pada minit ke-22 melalui Kasper Hogh selepas Ole Didrik Blomberg menghantar bola lintang ke bahagian belakang, diikuti jaringan kedua Hogh dua minit kemudian.
Dalam separuh masa kedua, Jens Petter Hauge menambah gol ketiga sebelum Rayan Cherki menjaringkan gol tunggal City.
Kemenangan bersejarah Bodo/Glimt memberikan mereka peluang meneruskan impian ke pusingan play-off.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back