• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 January 2026 | 05:26 PM

Kanak-Kanak Boleh Masuk Tahun Satu Pada Usia Enam Tahun

KUALA LUMPUR - Mulai sesi 2027, kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun dijangka menamatkan pendidikan menengah atas pada usia 16 tahun, menurut Kementerian Pendidikan.

Menurut dokumen FAQ KPM, pelajar berkenaan tetap mengikuti struktur sedia ada iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah, tanpa perlu mengulang Tahun Satu.

Polisi kemasukan awal ini bersifat pilihan ibu bapa dan bergantung kepada kesediaan kanak-kanak yang telah menghadiri prasekolah serta lulus saringan diagnostik.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran terjamin, KPM telah menyediakan Kurikulum Sekolah 2027 yang disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, termasuk mereka yang tidak bersekolah prasekolah.

Infrastruktur tambahan turut disediakan melalui kaedah Pembinaan Berindustri, manakala bekalan guru akan dipastikan mencukupi melalui pelbagai program latihan.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada fleksibiliti sistem pendidikan negara bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang lebih awal bersedia secara akademik untuk memulakan sekolah sebelum usia tujuh tahun.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok