• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 January 2026 | 05:24 PM

PBB Gesa Penyelesaian Perlindungan Mampan Di Gaza

HAMILTON - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan keperluan mendesak bagi penyelesaian perlindungan mampan di Semenanjung Gaza, selepas ribut baru-baru ini merosakkan sekurang-kurangnya 4,000 tempat perlindungan keluarga.

Jurucakap PBB, Farhan Haq, berkata operasi kemanusiaan diteruskan walaupun menghadapi halangan harian, dengan lebih 660 keluarga menerima bekalan kecemasan termasuk makanan, khemah dan kanvas pelindung.

Beliau menekankan kepentingan membaiki rumah yang rosak, membersihkan runtuhan serta memulihkan sistem bekalan air dan sanitasi.

Haq turut memaklumkan tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan segera di beberapa kawasan di Khan Yunis, di mana lebih 400 keluarga masih berada.

PBB menegaskan orang awam mesti dilindungi dan diberi peluang untuk berpindah dengan selamat, serta dibenarkan pulang apabila keadaan mengizinkan.

PBB dan rakan kerjasamanya menyeru tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan perlindungan berterusan kepada penduduk Gaza yang terjejas.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok