KUALA LUMPUR - Penggunaan vape dalam kalangan pelajar semakin meningkat, walaupun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 telah dikuatkuasakan sepenuhnya sejak Oktober 2025.
Menurut Dr Nizam Baharom dari Universiti Sains Islam Malaysia, ramai pelajar terpengaruh dengan perisa manis dan buah-buahan tanpa menyedari kandungan nikotin tinggi.
Vape kini mudah diperoleh, dipromosikan di media sosial, dan menjadi trend dalam kalangan remaja, termasuk pelajar perempuan.
“Vape nampak selamat, tapi sebenarnya boleh menimbulkan ketagihan, merosakkan paru-paru dan mengganggu perkembangan otak remaja,” katanya.
Pakar psikiatri Dr Hijaz Ridzwan menambah, nikotin dalam vape boleh menjejaskan kawalan emosi, menimbulkan kebimbangan dan kemurungan, malah membuka pintu kepada penyalahgunaan bahan terlarang moden.
Pakar menegaskan, masalah vape bukan sekadar isu disiplin. Ia ancaman kesihatan fizikal dan mental, serta pembangunan generasi muda.
Penguatkuasaan undang-undang lebih ketat, pendidikan kesihatan awal, pemantauan media sosial, dan penglibatan ibu bapa serta guru perlu digerakkan segera.
Jangan ambil mudah! Vape bukan sekadar trend – ia boleh merosakkan otak, tubuh, dan masa depan remaja.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back