KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah berusia 57 tahun kerugian lebih RM50,000 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial, termasuk TikTok.
Mangsa tertarik dengan janji pulangan lumayan dalam tempoh singkat dan membuat enam transaksi bayaran modal antara 14 hingga 20 Januari.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran pelaburan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan luar biasa.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back