• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 January 2026 | 05:18 PM

Sistem AirBorneo Berjalan Lancar, Fokus Perkhidmatan Penumpang

KUCHING - Kerajaan Sarawak memberi keutamaan dalam memastikan sistem operasi AirBorneo berjalan dengan lancar di lapangan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata walaupun pusat kawalan sistem merupakan elemen penting, perkara yang lebih utama adalah pelaksanaan sebenar sistem di lapangan dan penyampaian perkhidmatan kepada penumpang.

Katanya, berdasarkan maklum balas yang diterima dan hasil pemeriksaan di kaunter daftar masuk, pengoperasian AirBorneo setakat ini berjalan dengan lancar walaupun proses daftar masuk masih dilakukan secara manual.

Dato’ Sri Lee memaklumkan bahawa AirBorneo kini mengendalikan sebanyak 35 sistem secara keseluruhan, melibatkan 24 sistem utama yang dipindahkan daripada Malaysia Airlines dan 11 subsistem milik AirBorneo sendiri.

Katanya, peralihan ini merupakan satu proses yang kompleks kerana AirBorneo kini menggunakan sistem sendiri sepenuhnya, namun semua sistem berkenaan telah beroperasi dengan baik hasil usaha kakitangan syarikat.

Beliau berkata, AirBorneo akan menambah baik fungsi sistem sedia ada bagi membolehkan daftar masuk secara dalam talian untuk penerbangan tertentu.

Bagi penerbangan luar bandar yang melibatkan lapangan terbang kecil dan jumlah penumpang yang rendah, jelasnya, operasi masih dikendalikan secara berbeza.

Bagaimanapun, AirBorneo merancang untuk menambah fungsi sistem bagi pesawat ATR supaya daftar masuk secara dalam talian dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau pengoperasian AirBorneo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok