BINTULU - Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengarahkan penutupan dua premis makanan selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan sangat tidak memuaskan.
Pemeriksaan Seksyen Kesihatan Awam dan Persekitaran mendapati kedua-dua premis yang terletak di Parkcity Commercial Square dan Sungai Plan Commercial Centre berada dalam keadaan kotor, dengan penemuan najis tikus serta kehadiran tikus hidup di kawasan premis, yang berisiko tinggi terhadap kesihatan awam.
Tindakan penutupan selama 14 hari bermula 19 Januari hingga 1 Februari 2026 diambil, manakala pengusaha premis diarahkan melakukan pembersihan menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula, tertakluk kepada pemeriksaan dan kelulusan pihak berkuasa.
BDA menegaskan, isu kebersihan premis makanan diambil serius dan pemeriksaan berkala akan diteruskan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengguna sentiasa terpelihara.
Sumber: fb Bintulu Development Authority
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back