NAKHON RATCHASIMA, THAILAND – Sukan Para ASEAN atau APG 2025 kembali mencipta sejarah apabila dirasmikan malam tadi di Nakhon Ratchasima, selepas kali terakhir dianjurkan di bandar ini 18 tahun lalu.
Majlis perasmian yang berlangsung di Kompleks Sukan His Majesty the King’s 80th Birthday Anniversary 5 December 2007 diserikan dengan persembahan muzik secara langsung, gabungan seni budaya tempatan serta teknologi laser, selain pertunjukan bunga api yang menghidupkan suasana.
Acara diteruskan dengan perarakan kontinjen melibatkan 10 negara ASEAN, bermula dengan tuan rumah Thailand, diikuti Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste dan Vietnam.
Kontinjen Malaysia diketuai Ketua Kontinjen, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, manakala pemain badminton para negara, Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang.
Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN menegaskan APG bukan sekadar temasya sukan, sebaliknya platform memperkasa pembangunan sukan para dan kerjasama serantau.
APG 2025 berlangsung hingga 26 Januari ini, mempertandingkan 19 jenis sukan di sekitar Nakhon Ratchasima.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back