KUCHING - Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan kerajaan terus memberi limpahan manfaat bukan sahaja kepada penerima bantuan, malah peniaga makanan kecil turut mencatat peningkatan jualan.
Tinjauan Bernama mendapati peniaga laksa dan nasi campur di Semariang dan Matang melaporkan jualan harian meningkat antara 15 hingga 20 peratus setiap kali bantuan diagihkan.
Peniaga, Noraini Othman berkata, pelanggan kini mampu menambah lauk dan minuman, sekali gus membantu perniagaan kecil terus berkembang.
Hajijah Latip pula memuji STR kerana memberi suntikan modal dan meningkatkan pergerakan ekonomi gerainya yang telah beroperasi lebih enam tahun.
Penerima STR, Pangeran Saleh Sulaiman, turut berkata bantuan tunai meringankan beban kos sara hidup dan membantu gerai tempatan lebih aktif.
Kerajaan MADANI mula menyalurkan STR Fasa 1 Tahun 2026 hari ini, melibatkan lima juta penerima dengan bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan, termasuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back