• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 January 2026 | 10:17 PM

Pencarian MH370 Terus Berlangsung di Lautan Hindi Selatan

KUALA LUMPUR - Fasa terkini operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di dasar Lautan Hindi Selatan telah meninjau kawasan seluas lebih 7,200 kilometer persegi, namun tiada penemuan penting dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan Persatuan Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370, operasi yang dijalankan di atas kapal Armada 8605 menggunakan tiga Hugin Autonomous Underwater Vehicles (AUV) antara 6 hingga 14 Januari, dengan keadaan cuaca yang menggalakkan sepanjang tempoh itu.

Operasi dihentikan pada 15 Januari akibat cuaca buruk, namun ketiga-tiga AUV berjaya dibawa naik dengan selamat ke atas kapal.

Laporan itu menegaskan, pencarian akan diteruskan secara berperingkat bergantung kepada keadaan cuaca dan operasi yang menggalakkan.

Armada 8605 dijadualkan kembali ke Fremantle untuk pertukaran kru sebelum meneruskan tinjauan seterusnya.

MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 239 penumpang dan anak kapal, dan usaha pencarian masih diteruskan demi mencari jawapan yang ditunggu-tunggu.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok