• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 January 2026 | 04:11 PM

Jambatan Batang Saribas 2 Dijangka Siap November 2026, Tingkatkan Perhubungan & Ekonomi Setempat

BETONG - Projek Jambatan Batang Saribas 2 kini mencapai 80 peratus siap dan dijangka dibuka kepada laluan trafik pada November 2026.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini meninjau tapak projek untuk memastikan pembinaan berjalan lancar, selamat, dan mengikut piawaian ditetapkan.

Jambatan ini akan memendekkan masa perjalanan antara kawasan sekitar serta merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk setempat.

Dalam lawatan itu, pihak pelaksana memaklumkan status semasa kerja, cabaran di tapak, dan perancangan baki kerja sehingga projek siap sepenuhnya.

Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kerja Raya menegaskan komitmen untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan berkualiti, sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan menyokong agenda pembangunan negeri.

Sumber: fb JKR Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok