KARACHI - Sebanyak 26 mayat mangsa kebakaran di kompleks beli-belah Gul Plaza di Karachi dibawa keluar, manakala puluhan lagi masih hilang.
Kebakaran berlaku Sabtu malam di plaza bertingkat yang menempatkan kira-kira 1,200 kedai dan 4,500 pekerja.
Anggota bomba seramai 200 orang mengambil masa lebih 24 jam untuk memadamkan api sepenuhnya.
Ketua Menteri Wilayah Sindh, Murad Ali Shah, mengumumkan pampasan sebanyak 10 juta rupiah atau kira-kira RM145,000 bagi setiap keluarga mangsa.
Sehingga kini, 65 individu masih tidak diketahui keberadaannya, manakala pihak berkuasa tempatan mula membersihkan plaza yang musnah terbakar itu.
Penduduk tempatan menyuarakan kebimbangan terhadap penguatkuasaan undang-undang bangunan dan langkah keselamatan kebakaran yang lemah.
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang didapati cuai, kata jurucakap kerajaan Sindh, Nadir Nabil Gabol.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back