• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 January 2026 | 03:46 PM

Mata Pelajaran Perlembagaan & Sejarah Wajib Di Universiti Mulai 2026

PUTRAJAYA – Mulai tahun ini, semua universiti awam dan swasta di Malaysia diwajibkan memasukkan mata pelajaran Perlembagaan dan Sejarah Malaysia dalam kurikulum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mata pelajaran ini akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan ditujukan kepada semua pelajar Malaysia, bagi memastikan setiap mahasiswa memahami asas sejarah negara serta struktur Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan pendekatan ini tidak membebankan, sebaliknya membekalkan pengetahuan asas penting yang harus dikuasai setiap rakyat Malaysia.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan turut menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan bagi mahasiswa tahun ini, hasil kerjasama antara universiti dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, bagi menangani isu kekurangan penginapan dan kos sewa tinggi.

Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 kini menekankan pembangunan menyeluruh ekosistem pendidikan, daripada sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi, dengan fokus pada kurikulum, kemudahan, dan kesejahteraan pelajar.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok