• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 January 2026 | 03:35 PM

Kerajaan Perkenal Matriks Pembelajaran Baharu, Mulai 2026

PUTRAJAYA - Kerajaan bakal memperkenalkan pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah menerusi Matriks Pembelajaran Malaysia, bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Tingkatan Tiga pada 2027.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuran ini akan menilai penguasaan murid dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, serta ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan.

Beliau menegaskan pendekatan ini membolehkan tahap penguasaan murid dikenal pasti lebih awal, sekali gus membolehkan intervensi lebih tersasar untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan menstruktur semula umur kemasukan ke prasekolah dan Tahun Satu, menetapkan umur lima tahun untuk prasekolah dan enam tahun untuk Tahun Satu mulai 2027, bergantung kepada kesediaan ibu bapa.

Semantara itu dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan, RM100 juta diperuntukkan untuk menaik taraf bilik guru di seluruh negara bagi memastikan persekitaran kerja yang selesa dan selamat, sekali gus menyokong kesejahteraan serta motivasi guru.

Pelan pendidikan baharu ini, dibawah Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, selari dengan usaha kerajaan memperkasakan pembangunan modal insan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi, sambil menekankan pendidikan inklusif, berkualiti dan berdaya saing.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok