SARATOK - Projek Jambatan Sungai Krian, sebahagian daripada pembangunan Jalan Pesisir Sarawak, dijangka siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai menjelang Mac 2026.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek bernilai kira-kira RM1.25 juta itu merupakan jambatan kesembilan yang disasarkan siap pada tahun ini.
Menurut beliau, pembinaan jambatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh jaringan perhubungan luar bandar, khususnya di kawasan pesisir.
Jambatan sepanjang 1.2 kilometer, termasuk jajaran jalan, berfungsi sebagai penghubung utama antara Daerah Pusa dan Daerah Kabong, sekali gus memudahkan pergerakan harian penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan projek penyambungan struktur Jambatan Sungai Krian di Saratok hari ini.
Tambahnya, kemudahan infrastruktur yang lebih baik bukan sahaja meningkatkan aksesibiliti, malah membuka lebih banyak peluang pembangunan sosioekonomi kepada penduduk luar bandar.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back