KUCHING — Seramai 147 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak dalam Majlis Istiadat di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, pada Selasa.
Majlis berprestij itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, mendahului senarai penerima Darjah Utama Bintang Kenyalang Sarawak (J.B.K).
Ia diikuti oleh ADUN Tebedu Simon Sinang Bada, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Abdul Halim Abang Naili, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak Vijayen Nagalingham, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany, Bundan Ngila dan Chamles Jack @ Leng Jack.
Turut menerima pengiktirafan ialah pemimpin masyarakat, penjawat awam, profesional dan tokoh pelbagai bidang yang banyak berjasa kepada negeri.
Penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan dan pengiktirafan Sarawak terhadap sumbangan serta komitmen berterusan para penerima kepada rakyat dan pembangunan negeri.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back