• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 January 2026 | 07:13 PM

Sukan Sea 2027: Sarawak Cadang AirBorneo Sebagai Rakan Penerbangan Rasmi

KUCHING - Sarawak mencadangkan syarikat penerbangan tempatan, AirBorneo, sebagai rakan penerbangan rasmi bagi Sukan SEA 2027, di mana negeri ini menjadi tuan rumah majlis perasmian.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata cadangan itu dibuat secara peribadi semasa perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan tahun lalu, selain mencadangkan TVS dan RTM sebagai penyiar rasmi.

Beliau menambah, peranan AirBorneo sebagai rakan penerbangan rasmi akan memudahkan perjalanan serantau peserta, sama ada melalui penerbangan berjadual atau sewaan khas, dengan sasaran syarikat itu mempunyai pesawat jet menjelang September 2027.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi AirBorneo, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, di sini hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM350 juta, separuh daripada kos keseluruhan RM700 juta, sebagai komitmen menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok