SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22, Mohamad Fazli Abdul Rahim, 46, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 42 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM510,500 bagi melepaskan kemasukan warga asing tanpa prosedur, manakala tujuh pertuduhan lain membabitkan pengubahan wang haram RM278,600.
Isterinya, Suhana Ismail, 44, turut didakwa menggunakan RM125,850 daripada wang haram itu untuk membeli emas.
Mohamad Fazli diikat jamin RM24,000 manakala isterinya, Suhana, RM40,000, kedua-duanya dengan dua penjamin.
Mereka juga dikenakan syarat tambahan untuk melapor diri ke pejabat SPRM, dan kes disambung pada 10 Mac depan.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara dan denda mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back