KUALA LUMPUR - Pelakon Nadiah Kasumawati, atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Januari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah, Arab Saudi, pagi ini.
Pengebumian diiringi suami dan anaknya, dengan kerjasama rapat Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah serta pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, termasuk Hospital King Fahd, atas bantuan dan sokongan yang diberikan.
Nadiah meninggal dunia semasa menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris, dan pengebumiannya dilaksanakan dengan lancar pagi ini di Jeddah.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back