BRUSSELS - Lapan negara Eropah bersatu menentang ancaman tarif punitif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung Greenland, menyatakan solidariti penuh terhadap Denmark dan menegaskan tindakan AS itu tidak boleh diterima.
Negara-negara termasuk Jerman, Perancis, Belanda, Sweden dan United Kingdom memberi amaran tindakan balas bersatu akan diambil demi mempertahankan kedaulatan, termasuk penggunaan “Instrumen Antipaksaan” EU.
Pemimpin Eropah menekankan kesediaan menghadapi sebarang ugutan ekonomi, manakala kemungkinan tarif punitif bernilai berbilion euro ke atas AS sedang dipertimbangkan sekiranya Washington meneruskan ancamannya.
Sumber: BERNAMA – XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back