KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan perang besar-besaran ke atas rasuah di negara ini, menegaskan tiada sesiapa akan dilindungi.
Baginda menekankan penerima, pemberi dan ejen bersubahat rasuah mesti disiasat dan diambil tindakan tegas, sambil menyifatkan penjawat awam atau wakil rakyat yang terlibat sebagai pengkhianat negara.
Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat menjadi mata-mata dan melaporkan sebarang bentuk rasuah.
Titah Diraja ini disampaikan semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, menegaskan kerajaan akan mempercepatkan perbicaraan kes rasuah dengan mahkamah khas dan hakim berpengalaman.
Back