SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan Imigresen kini berdepan tuduhan rasuah selepas didakwa menerima suapan RM140,000 bagi membenarkan warga asing masuk ke negara ini tanpa prosedur sah.
Mastura Aziz, 48, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan, yang melibatkan wang diterima di beberapa lokasi termasuk pusat beli-belah dan stesen minyak di Sepang serta Bandar Baru Salak Tinggi.
Kes dikaitkan dengan kemasukan 56 warga Bangladesh secara tidak sah.
Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 beserta syarat melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM, dan kes akan disebut semula pada 25 Februari.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back