• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 January 2026 | 03:47 PM

72 Ditahan Dalam Serbuan Judi Sabung Ayam Di Kebun Haram Klang

SHAH ALAM - Polis menahan 72 individu berusia antara 20 hingga 70 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian sabung ayam dan bola golek, hasil serbuan di kawasan kebun haram berhampiran Pangsapuri Bayu Perdana, Klang, petang Ahad, 18 Januari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan menerusi Op Cakar itu membawa kepada penahanan dua lelaki penganjur dan 70 pemain, melibatkan warga tempatan serta bukan warganegara.

Siasatan mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi selama enam bulan dengan nilai pertaruhan sabung ayam mencecah sehingga RM10,000 bagi setiap perlawanan.

Polis turut merampas wang tunai lebih RM55,000, peralatan perjudian, serta menemukan 14 ekor ayam hidup dan empat ekor ayam mati.

Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah undang-undang berkaitan perjudian, kebajikan haiwan dan imigresen, manakala polis menegaskan operasi membanteras judi haram akan terus dipergiatkan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok