KUALA LUMPUR - Penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan memiliki ubat jenis Sildenafil dan dadah Methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Conlay, Oktober tahun lalu.
Namewee didakwa memiliki Sildenafil seberat 0.78 gram mengikut Akta Racun 1952, serta Methamphetamine seberat 1.57 gram di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mahkamah mengekalkan jaminan RM2,000 dan menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes.
Pada Disember lalu, Namewee telah dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain selepas keputusan patologi didapati negatif.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back