• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 January 2026 | 11:43 AM

CSR AFFIN Disokong Piawaian Diiktiraf, Komitmen Berterusan Bantu Komuniti

SERIAN – Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Kumpulan AFFIN diperkukuhkan dengan pematuhan kepada piawaian dan disiplin yang diiktiraf.

Ia sekali gus membuktikan komitmen berterusan kumpulan itu dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato’ Agil Natt berkata, pendekatan CSR AFFIN bukan bersifat sekali-sekala, sebaliknya dilaksanakan secara konsisten dan berterusan selari dengan amalan terbaik tadbir urus korporat.

Menurut beliau, Kumpulan AFFIN telah diiktiraf melalui penyenaraian dalam Indeks Bursa Malaysia FTSE4Good sejak Disember 2024.

Indeks tersebut menilai prestasi syarikat berdasarkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang kukuh.

Pengiktirafan itu memperkukuhkan lagi tekad AFFIN untuk terus melaksanakan inisiatif yang praktikal, berimpak tinggi dan memberi manfaat sebenar kepada komuniti.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap inisiatif CSR yang dilaksanakan AFFIN berlandaskan komitmen jangka panjang.

Penekanannya adalah kepada pembinaan hubungan dan kesinambungan, bukan sekadar kandungan atau publisiti semata-mata.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual khas bersama CATS FM sempena pelaksanaan program CSR AFFIN di Sekolah Kebangsaan Lebor Remun, Serian, baru-baru ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok