• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 January 2026 | 09:46 AM

“Kita Akan Lihat Apa Yang Berlaku Apabila Beraksi Di Kuching Nanti.” – Aidil Sharin

PULAU PINANG – “Mereka mungkin gembira hari ini, tetapi kita akan lihat apa yang berlaku apabila beraksi di Kuching nanti.”

Demikian reaksi Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak, selepas pasukannya tewas kepada Penang FC dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, petang semalam.

Beliau semasa sidang media berkata, kekalahan tersebut dilihat berpunca daripada kehilangan konsentrasi, selain perubahan teknikal yang memberi kesan besar terhadap corak permainan pasukan.

Pada separuh masa pertama, pasukannya dihukum akibat kesilapan Danial Amir yang sekali gus mengubah momentum perlawanan.

Akan tetapi, kekalahan tersebut bukanlah penamat buat KCFC kerana perlawanan itu hanyalah permulaan daripada keseluruhan saingan.

Tegas beliau, perlawanan tersebut adalah perlawanan piala yang pastinya akan menjanjikan banyak cabaran serta kejutan.

Bagaimanapun, beliau tetap memuji komitmen para pemainnya yang telah beraksi baik sepanjang perlawanan dan menegaskan tanggungjawab kekalahan itu terletak sepenuhnya di bahunya.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada 24 Januari ini, Aidil yakin pasukannya mampu bangkit.

Sehubungan itu, beliau menyeru sokongan pemain ke-12 KCFC sebagai pembakar semangat dan motivasi tambahan kepada para pemain.

Walaupun tidak memberikan sebarang janji, Aidil menaruh kepercayaan penuh terhadap barisan pemainnya.

Menurutnya, KCFC pernah tewas pada perlawanan pertama Piala FA sebelum ini, namun pasukan tersebut bangkit dengan lebih kuat, sambil menegaskan bahawa dalam bola sepak, kepercayaan terhadap pemain sendiri adalah amat penting.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok