BINTULU - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memperluas peranannya dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan belia di Sabah dan Sarawak melalui pelancaran program Pengakap Berasaskan Komuniti (CBS).
Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin berkata CBS membolehkan pengakap dibawa terus ke kampung, kawasan perumahan dan komuniti setempat, menjadikannya lebih mudah diakses serta dekat dengan keperluan sebenar masyarakat.
Katanya, program ini terbuka kepada belia tanpa mengira lokasi atau latar belakang pendidikan, bagi membentuk sahsiah, disiplin dan kepimpinan.
PPM menyasarkan peningkatan keahlian sehingga sejuta orang dalam beberapa tahun akan datang, khususnya melalui pelaksanaan CBS secara meluas.
Majlis pelancaran CBS disempurnakan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back