MUKAH - Penduduk yang terjejas akibat banjir di Mukah dinasihatkan menjaga tahap kesihatan sepanjang tempoh bencana bagi mengelak risiko penyakit dan komplikasi.
Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menekankan kepentingan kebersihan makanan dan air minuman, termasuk memasak air dengan sempurna dan memastikan makanan selamat untuk dimakan.
Katanya, penduduk yang mengalami sebarang masalah kesihatan dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengagihan Bakul Makanan kepada penduduk kawasan terjejas banjir di Dewan Engkerbai, Mukah pada Sabtu, 17 Januari.
Dalam majlis itu, sebanyak 1,060 bakul makanan diagihkan kepada penduduk dari 19 rumah panjang, dua sekolah dan sebuah klinik yang terjejas.
Selepas majlis, Dato Hanifah bersama ADUN Tellian, Royston Valentine, dan pegawai daerah meninjau kawasan terjejas bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi banjir.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back