JAKARTA - Serpihan besar dipercayai daripada pesawat ATR 42-500 yang hilang ditemukan pagi Ahad di Bukit Bulusaraung, Daerah Maros, Sulawesi Selatan, berhampiran kawasan pesawat terputus hubungan.
Menurut Ketua Operasi SAR Makassar, Andi Sultan, serpihan itu ditemui sekitar 7.49 pagi waktu tempatan di lereng bukit, termasuk bahagian badan dan ekor pesawat.
Pesawat itu, dikendalikan oleh Indonesia Air Transport (IAT) dengan pendaftaran PK-THT, membawa tujuh kru dan tiga penumpang dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Makassar.
Pasukan SAR sedang menghadapi cabaran kerana rupa bumi curam, namun kira-kira 500 anggota diletakkan dalam keadaan sedia untuk operasi menyelamat.
Setakat ini, nasib kesemua 10 individu masih belum jelas, manakala usaha menyelamat terus dijalankan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back